Lagi 340 Anggota NGO Anak Islam Sabah Sertai UMNO

KOTA KINABALU - Seramai 340 anggota Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (Perkebas) hari ini menyertai Umno kerana percaya pada perjuangan parti yang mempunyai keanggotaan seramai 3.5 juta itu.
Borang keanggotaan mereka diserahkan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Nawawi pada majlis pelancaran pertubuhan itu di Wisma Wanita di sini.

Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang melancarkan pertubuhan itu turut menyaksikan upacara penyerahan borang keanggotaan itu.

Pengasas Perkebas Mohd Shahni Ismail berkata pertubuhan itu mempunyai anggota seramai 1,400 orang sejak ditubuhkan bulan lepas dan mereka yakin pada perjuangan Umno yang selari dengan prinsip pertubuhan itu.

"Sesuai dengan situasi politik masa kini, kami percaya pada perjuangan Umno yang mirip Perkebas - mengutamakan prinsip agama Islam untuk memajukan negara dan kami mahu membantu apa yang boleh untuk kerajaan dan negara," katanya.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana