KMPP beri amaran kepada DAP P. Pinang...Ambil Kauuu Tahu akibatnya


SHAH ALAM: Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak memberi amaran bahawa orang Melayu Pulau Pinang tidak akan berkrompomi dengan janji-janji kosong pentadbiran DAP berhubung kepentingan Melayu di negeri itu.Beliau berkata DAP perlu berwaspada dengan sebarang kenyataan kerana dikhuatiri bakal membangkitkan kemarahan Melayu sekiranya ia tidak ditunaikan."Orang Melayu Pulau Pinang tidak akan berkompromi sekiranya ungkapan seperti cakap tidak serupa bikin dilakukan di negeri ini," katanya kepada Antarapos.Rahmad mengulas kenyataan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow yang berkata bahawa parti dominasi Cina itu memberi jaminan bahawa orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa di tanah sendiri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah.
Sehubungan dengan itu beliau mencabar DAP membuktikan kata-kata manis itu dengan meletakkan kerusi Melayu yang 'berfungsi' dalam pentadbiran dalam PRU13 akan datang.

"Kita mencabar DAP khususnya di negeri Pulau Pinang mewujudkan calon-calon Melayu, setidak-tidaknya tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen mesti diberikan kepada calon Melayu (samada) daripada parti DAP, anak tempatan, dan mereka ini tidak menjadi boneka kepada mana-mana pihak," tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar berkata, jaminan DAP bahawa Melayu akan kekal berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan hanya retorik.

Menurut beliau kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP itu hanya sekadar menutup kebimbangan rakyat Melayu yang dilihat telah hilang kuasa di Pulau Pinang.

Malah ia dapat dibuktikan melalui jumlah penglibatan golongan Melayu dalam pentadbiran kerajaan pembangkang di Pulau Pinang yang dilihat sangat kecil.

"Contohnya pemerintahan DAP Pulau Pinang. Walaupun timbalan daripada Keadilan, kalau kita tengok kerajaan di Pulau Pinang, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi kebanyakan exconya terdiri daripada parti DAP. Dia perlu tunjuk (dahulu) di Pulau Pinang.

"Sekarang ni dah dekat pilihan raya umum, ini hanya politik. Dia bagi pengakuan, (di mana) secara lisan begini, siapa pun boleh bercakap, sebelum dapat apa-apa memang boleh cakap macam-macam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana