Kes video antara dua darjat… Masih Tak Mengaku..Pelik Lah

 
Cuba bandingkan dua kes seperti gambar diatas.Sekalipun berbeza ia mempunyai persamaan yang terbentang depan mata yakni klip video kejadian tersebar luas.Satu dakwaan kes dera kanak-kanak melibatkan seorang mekanik keturunan India manakala satu lagi dakwaan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.Yang pasti Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak mungkin berani tampil buat kenyataan kata video itu BESI dan tidak boleh dijadikan bukti dalam kes dera kanak-kanak itu macam beliau tampil membela Anwar.Klip video lelaki keturunan India itu yang didakwa mendera anak tirinya itu telah mencetuskan kemarahan orangramai bila ia tersebar menerusi laman Facebook baru-baru ini.Selasa T. Rajasegaran, 32, dari Kapar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan mendera anak tirinya berumur tiga tahun.Dia mulanya mengaku bersalah tapi kemudian menukar pengakuan tidak bersalah pula.

Kes itu menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33 saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta menyepak kanak-kanak tersebut yang menangis teresak-esak dimuatkan ke laman Facebook.Klip video berkenaan dipercayai dirakam oleh isterinya sendiri dan setakat ini tidak pasti bagaimana ia boleh tersebar.Dalam kes video yang didakwa melibatkan Anwar,bekas rakan karibnya ,Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang dakwa menemaninya ke .lokasi aksi seks itu mengakui beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.Berbeza dengan kes mekanik yang didakwa di mahkamah tidak lama selepas videonya tersebar,Anwar kini terus buat ‘muka kering’ dakwa lelaki dalam video itu itu bukan dirinya.Sekalipun pakar antarabangsa yang membuat analisa keatas klip video itu mendapati ia 99.9 peratus tulin bos pakatan pembangkang itu relaks berceramah ke sana kemari untuk mengejar impiannya hendak menjadi Perdana Menteri.
Bukan setakat itu malah CCTV yang didakwa tunjuk beliau dan Eskay naik turun lif di lokasi aksi seks itu pun ada.
Ketika kehangatan isu dakwaan keatas Anwar ini ,satu dunia dengar bagaimana Haji Hadi membuat kenyataan dalam Muktamar PAS anggap video adalah BESI dan tidak boleh dijadikan bukti.
Alahai senangnya hidup….kerana matlamat politik satu dakwaan kemungkaran boleh ‘ dipermudahkan’ begitu sahaja oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.
Lebih teruk lagi parti berkenaan boleh main pejam mata hendak ‘menghidangkan’ seorang yang didakwa mempunyai perangai keji itu sebagai calon Perdana Menteri kepada seluruh rakyat jika pembangkang menang.T. Rajasegaran mungkin boleh bersiul dan lenggang kangkong jika ‘fatwa’ Haji Hadi mengenai video BESI tidak boleh jadi bahan bukti digunapakai oleh sistem perundangan seluruh dunia.Jangan kata dia,malah ramai lagi penjenayah dan penyangak yang gerak laku mereka dirakam oleh CCTV tempat kejadian boleh boleh ketawakan polis bila mereka kena cekup.Walaupun kenyataan Haji Hadi itu dianggap memperbodohkan minda semua orang namun seperti biasa…lidah cerdik pandai dan ulama dalam PAS kelu seribu bahasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana