Kecewa kerajaan Selangor roboh gerai penjaja Melayu


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyelar sikap kerajaan pakatan DAP, PKR dan Pas selangor yang berterusan memusuhi rakyat sejak beberapa minggu ini. Setelah sebuah kuil dirobohkan di Sepang minggu lalu, pada hari ini kerajaan pakatan telah merobohkan pula 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara.
Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Menteri Besar terhadap peniaga melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Menteri Besar gagal melihat kesusahan rakyat yang berniaga kecil-kecilan untuk menanggung sesisi keluarga.
Menteri Besar juga gagal untuk menyedia kemudahan penjaja makanan dibandar Klang terutamanya peniaga Melayu. Bandar Klang yang pesat membangun wajar memikirkan tempat untuk penjaja berniaga. Kegagalan Menteri Besar menyediakan kemudahan pusat penjaja ini tentunya menyebabkan peniaga-peniaga menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Menteri Besar wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang rakyat alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan.
Jalan keluar terhadap persoalan ini adalah bina gerai penjaja untuk orang Melayu berniaga secara sah dan elok. Utamakan lah kebajikan rakyat bukan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Menteri Besar yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana