Karpal Singh Besar Kepala... jangan soal anugerah Sultan - PERKASA


SHAH ALAM: Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mempertikaikan pengiktirafan yang diberikan Raja-raja Melayu kepada individu yang dikenalpasti sebagai layak, kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris.
Menurutnya, rakyat Malaysia sentiasa menghormati kuasa tertinggi yang dipegang oleh Sultan yang jelas sekali tidak harus dicabar dan diingkari.
Katanya lagi, jika Karpal yang sering dikaitkan dengan kenyataannya yang lantang itu cuba untuk menentang perkenan Sultan, beliau harus melepaskan kewarganegaraannya sebagai rakyat Malaysia.
"Negara ini mengamalkan demokrasi dan juga meletakkan kuasa raja-raja sebagai kuasa tertinggi,".
"Kita kena menghormati institusi raja-raja kerana gelaran Datuk dianugerahkan dari Sultan atas sebab tertentu kita harus terima.
"Kalau beliau sebagai ahli parlimen dan juga peguam yang sepatutnya lebih arif tentang undang-undang, tetapi tidak boleh menerima perkara ini baik beliau kembalikanlah kewarganegaraan beliau dan keluar dari Malaysia," katanya ketika dihubungi.
Dua pemimpin DAP bakal dikenakan tindakan disiplin apabila didakwa melanggar prinsip parti dengan bersetuju menerima anugerah 'Datuk' ketika tempoh perkhidmatan dalam parti.
Pemimpin tersebut adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
Karpal berkata, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen tidak dibenarkan menerima sebarang anugerah 'Datuk" daripada mana-mana pemerintah negeri.
Irwan selain itu menyifatkan kenyataan Karpal itu cukup untuk membuktikan DAP merupakan sebuah parti perkauman.
"DAP terbukti merupakan parti yang bersifat rasis," tegasnya.
Ngeh telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng menerima gelaran Datuk dari Sultan Selangor pada tahun 2010.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana