Karnival Sayangi Selangor....Sayangi Juga UMNO

Barisan Nasional (BN) Selangor menyasarkan kehadiran 500,000 pengunjung sepanjang 'Karnival Sayangi Selangor' di I-City, Seksyen 7 di sini selama empat hari, mulai 29 Dis depan.

Koordinatornya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata karnival itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berkonsepkan santai bersama keluarga termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan aktiviti air."Kita harap karnival ini menjadi platform terutama bagi keluarga muda sambil mendapatkan maklumat berkaitan agensi kerajaan dan pameran kerjaya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebanyak 86 gerai jualan mencakupi produk industri kecil dan sederhana serta produk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor akan dijual pada harga berpatutan.

Mohd Zin turut berkata sambutan 'countdown' sempena tahun baharu 2013 akan diadakan di tapak karnival itu.

ementara itu, beliau berkata 5,000 individu terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, ahli perniagaan dan bekas penyokong pembangkang dijangka menyerahkan borang sebagai anggota rakan BN pada karnival itu.

Katanya Pusat Khidmat Rakyat BN juga akan membuka kaunter sepanjang karnival berlangsung untuk membolehkan pengunjung membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan.

Radio BN Selangor pula akan bersiaran secara langsung dari tapak karnival kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana