Johor 'Penyelamat' Karier Safee Sali.

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Penyerang Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Safee Sali menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.

Dengan nada tenang, beliau menjelaskan kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara... saya terima dan hormati cara mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana