Isu salun : Steadylah PAS...Tunduk Kepada DAP!!!!!

Rata-rata orang bukan Melayu tidak selesa dengan istilah 'Negara Islam' seperti yang diperjuangkan PAS maka beberapa minggu sebelum PRU ke 12, atau tarikh tepatnya 21 Febuari 2008, Hadi Awang mengeluarkan kenyataan media bertajuk "Negara Berkebajikan: Tawaran PAS kepada rakyat Malaysia.
Dari Negara Islam pada 2003, PAS dibawah ketua yang sama tukar jadi Negara Berkebajikan dalam jangkamasa tak sampai lima tahun.Begitulah mudahnya PAS menukar haluan perjuangan mereka demi merebut undi bukan Melayu.Sebab itu dalam kontroversi terbaru melibatkan Majlis Pembandaran Kota Bharu dengan pengusaha salun 'unisex', ramai yang boleh agak apa kesudahannya.PAS terpaksa kaji balik perkara tersebut sebab DAP bising setelah akhbar The Star siarkan kisah pengusaha salun tersebut yang disaman lebih 10 kali sejak 2010 kerana gunting rambut berlainan jantina.Sejak isu terbabit timbul, The Star setiap hari acah pemimpin DAP untuk hentam PAS dalam isu tersebut.Dan menariknya, pemimpin DAP yang hentam PAS, dari peringkat atas sampai bawah, berani tanpa segan, mereka belasah habis-habisan, sampai PAS terpaksa 'kaji semula'.Sebelum ini, kerajaan PAS Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengarahkan pusat hiburan ditutup ketika bulan Ramadhan.Alasannya bagi menghormati kesucian bulan tersebut, dan macam biasa, pemimpin DAP melompat dan buat bising.
Apabila DAP bising, PAS dengan sendirinya menarik balik larangan tersebut.Jangan lupa kisah qariah perempuan yang tidak boleh menyertai Tilawah Al Quran kerana kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat "suara adalah aurat."

Begitu juga dengan calon pilihanraya wanita yang pernah Nik Aziz larang, tetapi dengan peningkatan pengundi wanita, wujud desakan dari dalam PAS sendiri supaya polisi tersebut dihapuskan.Dalam mengejar cita-cita mereka ke Putrajaya, parti guna slogan 'PAS ganti UMNO' ini nampaknya dari hari ke hari dah jadi lain, melihat beberapa senario kebelakangan ini, slogan yang sesuai untuk mereka adalah 'PAS seperti DAP'.

Macam mana tidaknya, apabila timbul isu melibatkan dasar, DAP menjerit...PAS beransur...DAP menjerit...PAS beransur, lama-lama orang tengok PAS dan DAP ni sama saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana