ISU PAS :Pas rupanya macam gampang-Bekas Ahli Pas

Sokongan dan pengaruh parti PAS di negeri ini semakin merudum dan buktinya seramai 118 ahli dari Bahagian Bukit Gantang mengumumkan keluar parti itu yang didapati sudah terkeluardari hala tuju dan landasan perjuangan sebenar.

Salah seorang bekas ahli PAS yang ditemui, Abdul Rahim Ahmad, berkata pemimpin parti itu juga hanya mementingkan diri semata-mata dan meminggirkan perjuangan untuk membela nasib rakyat.

Tegasnya, janji-janji manis yang dilaungkan parti juga hanya angan-angan kosong manakala barisan pemimpin pula tidak berjaya menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya mengutamakan budaya berpuak-puak dan menabur fitnah sesama mereka.

"Saya mengambil keputusan keluar parti PAS kerana ia semakin menyimpang jauh daripada hala tuju dan perjuangan sebenar. "Barisan kepimpinan sedia ada juga tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya mereka suka berpuak-puak serta menjadikan parti sebagai hak peribadi sahaja,"katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bukit Gantang dekat taiping hari ini.

Abdul Rahim berkata lagi, diatas kesedaran itu, beliau bersama ahli PAS yang lain mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO. Selepas mengumumkan keluar parti, semua bekas ahli PAS itu katanya, akan menubuhkan cawangan UMNO baru, iaitu cawangan Titi Gantung.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata perpaduan dikalangan pengundi Melayu adalah formula mujarab dalam menguatkan lagi pengaruh parti Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ujarnya, ini termasuklah di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu yang terdiri 60 peratus pengundi. Katanya lagi, langkah menyatupadukan ini juga perlu bermula dikalangan ahli UMNO itu sendiri bagi menarik minat rakyat menyertai parti itu. "Selain itu, parti juga perlu memenangi hati pengundi Cina dan India bagi menguatkan BN di seluruh pelusuk kawasan," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, tanggungjawab ini bukan hanya digalas pemimpin atasan tetapi juga perlu di pikul semua ahli di peringkat bawahan. Merka juga katanya, harus sedar bahawa tanggungjawab yang digalas itu merupakan satu amanah dan memmerlukan komitmen semua pihak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana