Isu khalwat...PAS Salahkan AKbar The Star...Akan Di Saman...Inilah PAS Buruknya Sikap

Puak puak PAS dapat sokongan dari ANWAR untuk memastikan geng geng ANWAR masuk kedalam PAS.Bercelaru betullah nampak gayanya.Bila dan masalahnya terus untuk menyaman Akbar berkenaan.Demokrasi ala pembangkang konon..

SHAH ALAM: Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan akhbar The Star bahawa empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan.
Malah, Mustafa turut mengecam keras akhbar tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas”.Justeru, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut kerana sengaja mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam di negeri itu.
“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,”
Mustafa juga turut menjelaskan bahawa khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”.Menurutnya lagi, tindakan melaporkan bahawa kerajaan negeri akan menyaman orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.
Semalam, The Star melaporkan empat orang bukan Islam didakwa berkhalwat serta mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh ketika ditangkap di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Kota Bharu.Kes lain melibatkan seorang remaja lelaki bukan Islam dan teman wanita bukan Islam yang didapati bersama-sama di dalam kereta yang diletakkan di Taman Tengku Anis baru-baru ini.Keempat-empatnya menafikan sebarang salah laku.Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.
Justeru, Mustafa menegaskan pihaknya tidak menyokong amalan rasuah malah meminta pesalah wajar dihukum.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenyataan pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai “tuduhan tidak bertanggungjawab” kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.
“Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam,” kata Dzulkefly.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana