Isu khalwat: PAS akui peluang PR akan terjejas...PAS sanggup tunduk Kepada DAP...MElampau Ni..

KUALA LUMPUR: Isu saman “kelakuan kurang sopan” ke atas pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan berkemungkinan besar akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu turut mengakui tempias akan dirasai oleh PR menjelang PRU nanti.
“Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam.“Ia mungkin ada beri kesan," kata Mustafa lapor The Malaysian Insider.
Malah, Mustafa juga menyalahkan MCA kerana membesar-besarkan isu ini dan memberi persepsi buruk kepada PR, mengkritik akhbar harian bahasa Inggeris The Star, kerana mempunyai niat jahat terhadap parti tersebut.
“Ia mungkin menyebabkan timbul persepsi kurang baik kepada PR,” tambah Mustafa. “Tindakan MCA ini adalah satu tindakan jahat.”
The Star melaporkan tentang penguatkuasa Kelantan menyaman dua pasangan bukan Islam berkhalwat baru-baru ini, jenayah di bawah undang-undang syariah, tetapi PAS dengan pantas menjelaskan ianya saman bagi kelakuan tidak senonoh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana