Isu kalimah: Jangan cabar keputusan Majlis Fatwa...Alhamdulilah


SHAH ALAM: Semua pihak dinasihatkan supaya tidak mencabar dan akur dengan keputusan Majlis Fatwa yang telah memutuskan perkataan Allah hanya digunakan oleh umat Islam di negara ini.Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, perkara itu telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tanpa perlu dipolemikkan.
"Keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum," katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Hasan berkata, di Pulau Pinang, telah diwartakan perkataan Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.
“Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan. Beliau pun tahu perkara ini, kita sudah maklumkan dan peraturan sudah diwartakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Guan Eng pada semalam berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan itu demi memenuhi pendekatan mesra rakyat yang berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.Kata beliau lagi, kerajaan seharusnya menghentikan taktik menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan dakwaan penubuhan negara Kristian.“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” kata Guan Eng.
Kontroversi timbul pada tahun 2009 apabila akhbar mingguan Katolik, The Herald menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.
Menurut Datuk Seri Johari Baharom yang merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu, keputusan dibuat berasaskan kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.
"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah', itu akan mengelirukan orang ramai," kata beliau.Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Muhammad Daud Al-Iraqi pernah menyatakan 'tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu'.Menurut beliau, sekiranya rakyat beragama Kristian merujuk kepada tuhan yang sama maka ia dibenarkan.
"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta, tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," memetik laporan Harakah Daily.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana