Insiden di Kedah : Polis akan ambil tindakan terhadap penyebar khabar angin

SUNGAI PETANI, 19 Dis. - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebar khabar angin kononnya berlaku insiden rusuhan kaum di kawasan Sungai Petani, sejak dua hari lalu.

Amaran tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab selepas polis mendapati terlalu banyak khabar angin disebarkan ketika ini.

Menurutnya, khabar angin dan fitnah yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web sosial dan pelbagai bentuk lain itu dikhuatiri akan menakutkan rakyat.

"Kita ingin maklumkan kepada semua bahawa berita yang disiarkan dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu.

Pada hakikatnya, keadaan di daerah Kuala Muda masih aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku,'' katanya di sini tengah malam tadi.

Sebelum itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.

Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana