Thursday, December 20, 2012

Ha ha ha Undi Punya Pasal Pada PRU 13 Kerajaan Selangor tunduk desakan rakyat


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini tunduk kepada desakan orang ramai apabila menarik balik larangan membina tempat pemujaan agama di dalam perkarangan rumah tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Khalid mengumumkan penarikan balik larangan itu selepas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mencabar beliau meletakkan jawatan kerana gagal menangani tindakan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), merobohkan tempat pemujaan itu di sebuah rumah di Sepang, 20 November lalu.
"MPS telah menerangkan kepada kerajaan negeri mengenai perobohan altar di Sepang. Kami juga sudah menerima dan meneliti memorandum daripada masyarakat kaum tersebut selain pandangan kumpulan-kumpulan India yang minta cari jalan yang sesuai selesaikan masalah ini di mana kerajaan negeri telah membuat tiga ketetapan."Pembinaan altar untuk individu ataupun keluarga, jika dibuat dalam rumah tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT," katanya di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor hari ini.
Bagaimanapun katanya, mana-mana tambahan pembinaan di kawasan kediaman (selain tempat pemujaan) tetap perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT terlebih dahulu.Selain itu, kerajaan negeri juga memberi jaminan bahawa tiada lagi perobohan rumah ibadah akan dilakukan oleh PBT seluruh Selangor.
"Tidak akan ada lagi perobohan oleh Majlis Perbandaran Sepang. Kita juga menetapkan tidak ada pembinaan tambahan boleh dibuat di kawasan kediaman melainkan sudah mendapat kelulusan PBT," katanya lagi.
Jaminan itu sekaligus membatalkan notis perobohan tujuh kuil di Selangor seperti yang didedahkan Manikavasagam sebelum ini
 
TAKUT DAN GELABAH BERUK KERAJAAN SELANGOR UNTUK MENGHADAPI PRU 13 SEMAKIN HAMPIR....NAMPAK SANGAT KERAJAAN SELANGOT TIDAK IKLAS....
Comments
0 Comments

No comments: