Gempak mau lebih... Selangor tak jadi sarung kamera AES

Tepat seperti kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bahawa ugutan demi ugutan kerajaan Selangor kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung dua kamera AES hanyalah bertujuan untuk mencari publisiti murah dan memancing undi.
Ini berikutan pengumuman terbaru Exco Selangor Ronnie Liu bahawa pihaknya tidak akan memasang sarung pada kemera AES di dua lokasi di negeri tersebut berikutan nasihat dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri.
Kata Ronnie, nasihat tersebut dikeluarkan pagi ini.kawasan MPS.
Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.Kelmarin, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor tidak akan menurunkan kamera itu tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya.
Mengulas perkara tersebut Kong Cho Ha pada Khamis menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.

Menurutnya, tindakan kerajaan Selangor mahu mencabut atau menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu juga hanya untuk mencari publisiti murahan dan memancing undi.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor) Ronnie Liu yang mendapat publisiti murahan setiap hari.Cho Ha berkata, jika benar mereka kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, mereka sepatutnya mengambil berat terhadap mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.Beliau juga membidas tindakan Liu yang mengeluarkan kenyataan berbeza setiap hari semata-mata mahu mendapat liputan, khususnya menerusi media berbahasa Cina.

"Dulu kata nak cabut AES, sekarang nak tutup pula. Buatlah keputusan," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana