Fitnah Melampau Felda : Presiden Anak, Harakah & Suara Keadilan Dituntut Minta Maaf...Jangan Bagi Muka... Saman
KUALA LUMPUR, 12 Dis - Felda
menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan
didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada
Israel.Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah."Ia telah menjatuhkan imej dan kredibiliti
Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya kepada wartawan
semalam.Justeru, beliau berkata, Felda menerusi
peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakah dan Suara
Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web
sosial Facebook Mazlan."Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak
peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya.Isa berkata, Felda mengambil tindakan
undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan
pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam
penyebaran fitnah terhadap Felda.
Tindakan sama turut diambil terhadap Parti
Keadilan Rakyat yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya.Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi
tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf,
menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda
di atas tindakan mereka."Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan
mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka
selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya.
Comments