Dr Asri akui Islam dieksploitasikan demi politik...PAS Kena Sedarlah


SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal agama, khususnya Islam, kini dieksploitasikan oleh pelbagai pihak dalam situasi politik negara.Katanya, golongan berkenaan berbuat demikian bukan kerana betul-betul setia kepada Tuhan tetapi lebih cenderung untuk menarik sokongan rakyat dalam memancing undi."Kenapa orang guna nama Tuhan? Dalam banyak keadaan (guna), bukan kerana orang itu guna kerana begitu setia kepada Tuhan."Tapi kerana, dengan menggunakan nama Tuhan dia tak dipertikaikan, dicabar," katanya tanpa merujuk mana-mana parti semasa menjadi panel dalam program 'Maqasid' terbitan Antarapos di sini, baru-baru ini.
Post Pic
Menurut Asri yang kini pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM), agama hanya boleh diketengahkan jika tujuannya adalah untuk kepentingan dan kemaslahatan seluruh ummah.
"Ini adalah satu masalah... hatta para pemerintah, mereka kadang-kadang menggunakan ulama bukan kerana mereka nak agama, (tapi) kerana mereka nak sokongan.
"Demikian (juga) ulama kadang-kadang menggunakan pemerintah kerana nak kekalkan kuasa. Itu 'vice versa' yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, suasana politik Malaysia hangat, apabila PAS didakwa seringkali menyalah-gunakan 'nama Islam" bagi membidas Umno. Ini termasuk mengkafirkan Umno dan mendoakan parti itu mengalami kehancuran.Asri menambah, terdapat sesetengah gerakan atau badan bukan kerajaan (NGO) berunsurkan Islam yang mengambil kesempatan ke atas nama Islam untuk tujuan tertentu.
Ini, katanya dilakukan tanpa mengambilkira keperluan maqasid syariah."Agama dilihat mewakili Tuhan... Tuhan adalah satu autoriti yang tak akan dicabar. Jadi sama ada dalam sejarah Kristianiti atau Islam sendiri, ramai orang menggunakan nama Tuhan."Maka kalau nak kutip duit pun, orang mudah nak beri. Terutama kalau NGO, ada pula berunsur agama, orang beri (wang)," katanya.
Sambil menegaskan bahawa Islam menyeru kepada kebaikan, Asri mengingatkan bahawa eksploitasi agama yang berlaku atas nama gerakan Islam perlu dihentikan segera.
"Dan ini adalah perkara eksploitasi agama yang berlaku atas nama gerakan Islam. Saya cakap hal ini bukan (kerana) saya nafikan peranan gerakan Islam. Ada peranannya... tapi setiap orang kena tahu kenapa ia ditubuhkan," katanya.Beliau juga menasihati gerakan Islam atau NGO berunsurkan Islam agar 'menyemak' kembali tujuan asal pertubuhan mereka, kerana dikhuatiri ia hanyalah untuk kepentingan pihak tertentu."Ini kepentingan maqasid syariah... apa tujuan penubuhan? Apakah tujuan di sebalik hukum? Jadi apakah tujuan anda guna nama Tuhan?" hujah beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana