DAP bukan parti berbilang kaum - Penganalisis


SHAH ALAM: Penganalisis politik menyifatkan tindakan DAP melantik semula calon yang tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) semalam hanya untuk menjaga imej parti itu.Malah, Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusoff berkata keputusan perwakilan parti menolak calon Melayu menghancurkan strategi rapi yang diatur pucuk pimpinan DAP untuk mencanang parti itu sebagai harapan baru untuk semua kaum dan bangsa.
"DAP sekarang ini gagal. Dia ada hasrat yang baik untuk mengubah landskap politik negara, tetapi dia gagal untuk mengubah pemikiran dari dalam terlebih dahulu. Jika begitu, DAP hanya dilihat sebagai kesinambungan kepada parti perkauman yang lain.
"Hendak kata DAP ini rasis atau menolak calon Melayu atau sebagainya, saya tidak rasa sebab parti. Tetapi sebab perwakilan. Perwakilan DAP yang masih belum lagi terbuka untuk menerima konsep kepelbagaian dalam DAP." kata Dr Agus kepada Antarapos.Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng melantik semula Senator Ariffin Omar bagi jawatan Naib Pengerusi parti hanyalah cubaannya untuk menutup malu calon Melayu sekaligus mengaburi mata rakyat dari terus dilabel sebagai sebuah parti yang rasis."Bagi melambangkan imej pelbagai kaum itu, dia (Senator Ariffin omar) lantiklah wakil Melayu. Tetapi wakil Melayu dalam DAP itu tetaplah satu pembahagian yang sedikit dan minimum.
"Dia cuba buang imej perkauman tetapi, pemilihan itu menunjukkan trend perkauman. Untuk menjaga imej berbilang kaum sahaja dan sebagai simbol yang tidak bernyawa, "ujarnya.
Semalam Agenda Melayu DAP menerima tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi CEC yang merupakan badan tertinggi parti itu
Namun Senator Ariffin Omar dilantik semula sebagai Naib Pengerusi parti, menggantikan Tunku Aziz Ibrahim yang meletak jawatan beberapa bulan lalu.Manakala Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari turut diangkat sebagai ahli jawatankuasa dalam CEC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana