DAP, Anwar 'berlakon' demi raih undi - Atory


SHAH ALAM: DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masing-masing bijak berlakon demi meraih undi daripada kalangan rakyat Cina mahupun Melayu, kata penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Atory Hussain.
Beliau berkata, Anwar merupakan individu yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa tunduk kepada parti komponen dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memastikan jawatan Perdana Menteri berada dalam genggamannya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Atory juga yakin bahawa Anwar tidak akan menunaikan janji-janji yang telah ditaburnya setelah memegang mandat sebagai pemerintah.

"Kenyataan Anwar itu bersifat politik maksudnya demi menjadi Perdana Menteri, dia sanggup buat apa sahaja janji termasuk berjanji untuk tunduk kepada DAP."Janji ini sebelum dia berjaya jadi Perdana menteri jika dia berjaya kemungkinan besar dia tidak akan menunaikan janji untuk ikut kata DAP."Ini sebenarnya untuk menarik undi orang China untuk sokong DAP dan PR," katanya ketika dihubungi.Atory berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umum PKR itu yang menegaskan rela menjadi alat kepada DAP, beberapa jam selepas Karpal Singh menyatakan sokongan untuk beliau dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menawan Putrajaya.Anwar memberikan komitmen itu pada ceramah di Nibong Tebal kelmarin yang turut menjanjikan masa depan lebih baik untuk orang Melayu di bawah kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR.

Bagaimanapun Anwar tidak mengupas kekalahan teruk semua calon Melayu pada pemilihan DAP beberapa jam sebelum ceramahnya bermula.

Kata Atory lagi, Anwar yang pandai berpolitik itu melakonkan keikhlasannya kepada parti komponen Pakatan semata-mata mengambil kesempatan bagi meraih sokongan samada dari kaum Cina, Melayu mahupun India.

"Anwar pandai berpolitik dan mengambil kesempatan dalam keadaan ini, menunjukkan seolah-olah Anwar sahaja yang dapat menyelesaikan.

"Dengan harapan rakyat akan mengundi Pakatan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana