Cukup...cukuplah Musa....

Tidak tahu bila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan cool down dan tutup mulut menyalahkan Menteri Dalam Negeri serta berbalah dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff.Musa juga menuduh bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.Beliau turut mendakwa Ketua Polis sekarang, Tan Sri Ismail Omar juga ‘ikut telunjuk’ menteri dan pengaruh poltik.Entah apa lagi bakal keluar dari mulut Musa selepas ini.Justeru itu, tentu ramai ingin tahu punca Musa mendedahkan perkara ini terutama ketika pilihan raya umum tidak lami lagi.Jikapun benar dakwaannya itu, Musa memilih masa yang salah untuk menceritakan kelemahan jabatan polis.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang menyerang KDN dan PDRM mengenai insiden seorang wanita Indonesia mendakwa dipukul dan dirogol anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah Pulau Pinang.Tetapi akhirnya polis mendapati wanita itu berbohong.Wanita itu bukan pembantu rumah seperti didakwanya, sebaliknya pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan malah ketika siasatan beliau tidak mengenali siapa anggota polis yang dikatakan merogolnya.

Inilah yang amat dikhuatiri apabila Musa ‘buka mulut’ membuat dakwaan demi dakwaan yang pasti akan dimanipulasi pihak tertentu.Pasti ada cara lain untuk Musa menyatakan pandangan dan teguran terhadap KDN dan PDRM, bukannya melalui media seperti dilakukan sekarang.Sebagai bekas bos nombor satu PDRM, Musa pastinya faham kaedah terbaik untuk menyelesaikan apa terbuku dihatinya.Paling dikhuatiri jika satu saat nanti, pihak lain pula akan mempertikai kewibawaannya ketika dalam perkhidmatan seperti tindakan Ramli mengaitkan Musa dengan kumpulan kogsi gelap.

Justeru sebelum terlambat, lebih baik Musa tutup mulut dan janganlah bermain api atau berkelakuan seperti menyanyi lagi ‘bangau oh bangau’

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana