Bermain Politik Di Sebalik Jubah – Pemimpin Pas Patut Cermin Diri Dulu


Ustaz Fathul Bari....

“Saya rasa, tak eloklah dia keluarkan kenyataan seperti itu. Macam mana kalau orang kata balik pada beliau benda yang sama? Jangan berselindung di sebalik jubah guru agama untuk bermain politik? Tentu beliau juga tidak akan merasa seronok jika orang berkata begitu terhadapnya, “
Selain itu menurutnya, Mursyidul Am Pas itu juga turut mengeluarkan kenyataan membandingkan ilmu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan lulusan Madinah yang dianggapnya setanding dengan taraf pendidikan mufti-mufti lain di dalam negara ini.
“Ya, kita tak nafikan tentang keilmuan yang ada pada diri Presiden Pas, tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa setinggi mana sekalipun ilmu yang ada pada diri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak semestinya beliau itu maksum dan terlepas dari melakukan sebarang kesalahan.“Setiap dari kita tidak maksum dan tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan kecuali para Nabi. Bahkan imam-imam besar terdahulu pun, sekiranya melakukan kesilapan dan kesalahan, mereka akan memohon maaf Allah dan juga kepada umat Islam,” ujarnya lagi.

Jelas beliau, sikap mengakui kesalahan serta kesilapan dan memohon maaf di atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan itu merupakan sikap insan yang mempunyai jiwa dan akhlak yang mulia serta faham bagaimana seseorang insan itu perlu berakhlak bukan saja di dalam hubungannya dengan Allah tetapi juga dengan manusia.“Dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Presiden Pas. Kepimpinan Pas hari ini tidak boleh menafikan, bahawa wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam akibat amanat yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.“Perpecahan di kalangan masyarakat bawaha dapat kita lihat berlaku di sekeliling kita. Perpecahan yang berlaku kesan daripada amanat tersebut adalah realiti dan bukannya satu dongengan yang diada-adakan,” katanya.

Justeru itu, beliau turut menyangkal kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengatakan bahawa isu kafir mengkafir ini adalah isu kitar semula dan tidak lagi relevan pada hari ini.“Isu agama seperti ini akan sentiasa relevan, biarpun pada seratus tahun akan datang. Macam mana kita boleh kata tidak relevan, sedangkan kesan daripada amanat tersebut masih lagi berterusan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.“Analoginya adalah seperti orang yang berhutang. Apakah hutang seseorang itu dianggap lupus jika ia sudah lebih berpuluh atau beratus tahun berlalu? Hutang tersebut tidak akan lupus sekiranya tidak dibayar sehinggalah kita mengadap Allah swt kelak di padang masyar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana