"Apa yang UMNO tak suka, itu yang saya buat" - Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik."Insya-Allah...apa saja yang UMNO tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya mengenai kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya UMNO menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong UMNO, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 Kota Bharu, hari ini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana