Anggota polis dakwa dalam FB NYA muak jadi alat Umno...SEBARKAN LAH

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis yang berani memasukkan dalam Facebooknya tentang gangguan pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam tugasan polis telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak.Norhashimah Mohammad, yang mendakwa dirinya seorang anggota polis wanita memasukkan status "pasukan polis sudah tercemar identiti nya,,dan sudah hilang integriti,,DEK KERANA KERAKUSAN KUASA DAN HARTA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL." hari ini.

Menurut Norhashimah, 29, beliau menjadi polis kerana teruja dengan keberanian dan kekentalan para ibu semasa peristiwa Bukit Kepong.

"Tapi sayang nya hari ini,,,pasukan polis sudah tercemar identiti nya, dan sudah hilang integriti,,DEK KERANA KERAKUSAN KUASA DAN HARTA PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

"Saya sama sekali tidak akan redha di mana tugasan kami sebagai polis sudah diperkudakan sebegini rupa, sehingga rakyat sudah muak melihat uniform kami," tulis Norhashimah.

Menurut Hashimah yang kini bertugas di Selangor, rakyat sekarang sudah hilang hormat kepada tugasan pasukan mereka.

"Ayuh kawan-kawan semua, kita sama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia ini.

"Tak kira walaupun apa bangsa sekalipun, demi untuk menjatuhkan Umno yang zalim," tulis Norhashimah.

Menurut beliau, di saat beliau menulis tulisan ini di Facebooknya (kira-kira jam 5.30 petang 15 Disember), surat pertukaran ke Sarawak sudah pun beliau tandatangani.

Ekoran posting itu, pelbagai sokongan beliau terima dalam bentuk mesej melalui Facebook.

Salah seorang dari mereka yang mengenalkan diri dengan Ras Ye Saye menulis, "Syabas Puan atas keberanian yang jarang-jarangkali dapat didengari."

"Kami, selaku rakyat awam perlu sedikit saja masa lagi sehingga tiba PRU 13 untuk memastikan nama PDRM yang telah tercemar teruk angkara regim tak berhati perut ini dapat dipulihkan kembali, sekaligus menumbangkan regim ini buat selamanya dari terus menggila berkuasa.

"Doa kami akan senantiasa mengiringi perjuangan murni Puan. Semoga terus kekal tabah berjuang, sekali lagi syabas saya ucapkan Puan!," tulisnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana