10,000 ribu ahli Perkasa baca ikrar sokong BN dapat dua pertiga...Sedih bercampur Hina Ucapan Perkasa Sokongan Pada UMNO

Kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, itulah ikrar atau baiah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Ahad bagi membantu Barisan Nasional (BN).
Ikrar itu dilafazkan kira-kira 10,000 ahli Perkasa diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam Perhimpunan Agung Ketiga pertubuhan tersebut di Padang Astaka Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.Ibrahim berkata, menjelang pilihan raya umum kelak, kira-kira 352,000 ahli Perkasa di seluruh negara akan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada semua calon BN termasuk daripada parti komponen MCA dan MIC.

“Kita sokong semua calon BN untuk pilihan raya akan datang. Kita tidak sokong individu, kita sokong atas nama parti BN. Tidak kisah jika mereka calon MCA mahupun, MIC yang penting gabungan BN akan menjamin kestabilan agama, bangsa dan negara.
“Kita berikrar hari ini demi bangsa dan negara, kita tidak akan berpecah-belah, kita tidak akan mempunyai perasaan iri hati, kita tidak akan menjadi pengkhianat, tetapi kita akan bersama-sama membantu BN menang dua pertiga," katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu.
Ibrahim berkata, rakyat terutama orang Melayu perlu memberi peluang kepada BN menerajui negara kerana parti itu yang dipimpin UMNO telah terbukti berjaya mewujudkan kesejahteraan dan keadilan untuk semua kaum sejak merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana