Zulkifli tawar bantuan guaman untuk Utusan...


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bersedia untuk menyediakan bantuan guaman kepada Utusan Malaysia sekiranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu menyaman akhbar itu.Malah, Zulkifli berkata beliau akan memberi "kejutan" kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaannya.Bagaimanapun, Zulkifli enggan mendedahkan identiti dua peguam kanan terbabit.“Saya nak umumkan kepada Utusan Malaysia, saya bersedia jadi peguam, bersama-sama dengan peguam-peguam kanan yang lain, untuk mempertahankan Utusan Malaysia. Saya tidak akan meminta apa-apa bayaran pun kerana ini sumbangan kecil kita untuk mempertahankan Utusan Malaysia.“Saya nak beritahu Nurul Izzah, saya nak beritahu Anwar Ibrahim, kamu akan terkejut kalau kamu tengok peguam yang akan mempertahankan Utusan Malaysia ini,” ujar Zulkifli ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi.
Izzah baru-baru ini mengarahkan peguamnya supaya mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian, termasuk beberapa blog kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.Mengulas lanjut Zulkifli berkata tindakan tersebut dibuat bagi tujuan untuk menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.

“Sumbangan Utusan Malaysia, bukan untuk laku suratkhabar dia..dia kena maki hamun..dia kena caci..tetapi Utusan Malaysia tetap berdiri mempertahankan agama dan bangsa kita.“Sekarang mereka (Pakatan Rakyat) sedang kumpulkan bala tentera untuk meranapkan Utusan Malaysia sebab mereka tahu satu-satunya suara orang Melayu Islam di Malaysia hari ini ialah Utusan Malaysia..mereka nak kumpulkan peguam, kumpul dana untuk perang dengan Utusan Malaysia.

“Saya nak beritahu Nurul Izzah, saya nak beritahu kumpulan ini, saya nak beritahu mereka ini, bila mereka perang dengan Utusan Malaysia kamu perang dengan kami..kami akan lawan..” tegas Zulkifli yang juga merupakan Naib Presiden Perkasa

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana