Wan Azizah tak bertanding PRU13....Wayang Terbaru

Kalau sebelum ini heboh kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi DUN, rupa-rupanya, hanya gempak saja. Sebaliknya isteri Ketua Pembangkang itu kata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.

“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah dipetik dari sebuah portal berita hari ini.“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu.PKR Selangor telah menawarkan empat “kerusi Dun selamat” kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.Wan Azizah mula bertanding dalam pilihanraya umum 1999 selepas Anwar didakwa kes liwat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana