Video...PAS Panas Telinga Mendengarnya...Saksikan lah Wahai Orang Melayu
Menurut Ustaz Farid, apabila beliau melihat kepada senario yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam yang berdiri di bawah sebuah parti politik serta memperjuangkan Islam, maka tindakan seperti menjerit atau meninggikan suara ketika berdoa ternyata menunjukkan golongan berkenaan telah melakukan satu perbuatan yang berdosa.Apa yang lebih mengecewakan beliau, sudahlah doa itu dilakukan seperti terjerit-jerit malah boleh pula golongan yang berpayungkan sebuah parti Islam mendoakan kehancuran sesama umat Islam.
"Dengan bahasa yang saya boleh anggap sebagai bahasa yang agak kurang ajar dengan Tuhan. Nabi tidak pernah ajar kita berbahasa kurang ajar dengan Tuhan dan siapa kita untuk mengangkat suara tak tentu pasal dengan menjerit-jerit dengan Tuhan."Bukankah Allah SWT sentiasa hampir dengan hambanya jadi mintalah dengan bahasa dan suara yang baik dan permohonan itu mestilah permohonan yang baik-baik.
"Dalam Al Quran sendiri ada menyebut supaya gunakanlah bahasa-bahasa yang indah dan lembut ketika berdoa. Malah Nabi pun tidak pernah mengajar umatnya begitu," terangnya lagi.Ustaz Farid menambah, beliau tidak menyangka umat Islam di negara ini semakin terkeluar dari landasan Islam semata-mata kerana fahaman politik.
Comments