Video...Nurul Izzah Sepatutnya Saman MalaysiaKini dan Blog Penganjur....


Datuk Zulkifli Nordin berkata bahawa Nurul Izzah sepatutnya turut menyaman portal laman web pro pembangkang, MalaysiaKini termasuk blog penganjur forum tersebut, 1Chritian Malaysia kerana dua buah laman web itu turut melaporkan kenyataannya bahawa hak kebebasan beragama juga perlu diberikan terhadap orang-orang Melayu di negara ini."Bila kita bercakap tentang orang Melayu dibenarkan untuk memilih agama, maka maksudnya ialah kita membenarkan orang Melayu untuk murtad! Saya tidak pasti samada Nurul Izzah buat kenyataan tersebut samada disebabkan dia benar-benar jahil atau sengaja untuk mempolitikkan isu ini.

"Sebab kalau dia benar-benar faham, artikel 160-2 jelas, bahawa orang Melayu wajib beragama Islam. Ini maknanya kalau dia bukan beragama Islam, seseorang individu itu tak boleh gelarkan dirinya itu Melayu. Ini bukan satu perkara baru. Artikel 160-2 perlembagaan persekutuan sekadar mengkanunkan apa yang sudahpun menjadi pengetahuan umum seluruh dunia, bahawa orang Melayu mesti beragama Islam.

"Jadi bila kita kata orang Melayu boleh memilih atau bebas memilih agama selain dari Islam, maknanya kita membenarkan orang Melayu murtad. Itulah definasinya. Bila orang Melayu boleh pilih agama lain, maknanya orang Melayu kena keluar dari Islam," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana