Veteran Umno Digesa Bersedia Bantu Parti Menangi PRU 13

TERENGGANU: Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.
"Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN danmerampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini."Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiriakan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapandasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sinihari ini.Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkanbarisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BarisanNasional."Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan."Melayu dan bumiputera mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.Beliau turut meluahkan rasa bimbang dengan pelbagai gejala negatif termasuktindakan cuba menodai kesucian agama Islam oleh pihak tertentu.Sebanyak 545 anggota Veteran Umno dari seluruh negara menghadiri perhimpunantersebut yang berakhir sABTU. BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana