Tanah Yayasan Selangor: "Ada yang tidak kena", kata Mike


SHAH ALAM: Keputusan kerajaan negeri Selangor membenarkan tanah milik Yayasan Selangor dibangunkan oleh Persada Istimewa Sdn Bhd diragui Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Menurut beliau seolah-olah "ada yang tidak kena" dengan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu melibatkan tanah Bumiputera seluas 16 ekar dengan harga pasaran yang kini mencecah RM50 juta.
Beliau berkata sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, masalah melibatkan kroni dan penyelewengan telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Namun kini beliau melahirkan rasa khuatir sekiranya perkara sama akan berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Tambah Manikavasagam, tanah tersebut juga tidak sepatutnya dibangunkan untuk tujuan projek membina Pusat Kebudayaan Cina kerana ia terletak berhampiran masjid.

"Tapi sekarang, tanah bersebelahan masijid itu, saya rasa tidak patut ditukar hak milik atau tukar nama. Kalau boleh, cari tanah yang lebih jauh atau kawasan lain untuk buat pusat kebudayaan. Kita tidak boleh rampas.

"Bila kerajaan negeri sendiri buat macam ini, ada masalah. Seperti ada kroni. Itu yang dulu kerajaan BN buat kita tuduh macam-macam. Tapi bila kita memerintah dan kita pula buat, saya rasa ada yang tidak kena," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana