Suara Himpunan Barisan 1 Malaysia....NGO Akan Gegar Kuala Lumpur

1,500 NGO Dijangka Sertai Himpunan Barisan 1 Malaysia 24 November Ini...
Himpunan Barisan 1 Malaysia yang melibatkan lebih 1,500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan diadakan bertempat di Dewan Merdeka di Putra World Trade Center (PWTC) pada 24 November ini dijangka bakal menjadi satu perhimpunan NGO yang terbesar yang pernah diadakan di negara ini.Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, selain daripada penglibatan NGO-NGO di seluruh negara, ia juga akan turut disertai oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan, swasta, yayasan, koperasi, GLC, kumpulan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi yang terdiri dari pelbagai kaum.“Himpunan yang bertemakan Untuk Masa Depan Rakyat ini bertujuan untuk menjelaskan tentang konsep dan dasar Gagasan 1 Malaysia, dasar transformasi Nasional dan Negara Maju. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan umum tentang dasar-dasar negara di mana satu borang kaji selidik akan diberikan kepada mereka yang terlibat.

“Himpunan yang bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menjemput lima tokoh terkenal di dalam negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain,” katanya pada sidang media Himpunan Barisan 1 Malaysia di PWTC hari ini.Antara tokoh-tokoh yang bakal hadir dalam himpunan tersebut ialah Prof. Dr. Sivamurugan, Prof. Dato Dr. Zaleha Kamaruddin, Tan Sri Lee Lam thye, Prof. Dr. Chandra Muzaffar dan Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Selain itu, Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee dan Tan Sri Ibrahim Abu Shah turut dijemput sebagai moderator program tersebut.

Menurut beliau lagi, program Himpunan Barisan 1 Malaysia yang diadakan secara percuma itu dan dijangka akan disertai lebih kurang empat ribu wakil daripada NGO-NGO akan bermula pada pukul lapan pagi dan berakhir kira-kira pada pukul dua petang.“Para peserta yang hadir juga boleh mengemukan soalan-soalan berkenaan apa jua kemusykilan mereka tentang dasar-dasar negara kepada ahli panel yang terlibat secara langsung melalui sesi soal jawab yang akan berlansung lebih kurang 30 minit di dalam program tersebut,”“Ini merupakan satu peluang dan ruang yang terbaik bagi wakil-wakil daripada NGO-NGO dan juga lain-lain untuk mengutarakan pendapat dan pandangan mereka di mana setiap cadangan itu akan direkod dan akan diambil kira oleh pihak kerajaan bagi menambah baik sistem dan dasar kerajaan yang sedia ada,” ujarnya.Sarapan pagi dan makan tengahari juga akan turut disediakan kepada para peserta yang terlibat disamping turut dihiburkan oleh beberapa kumpulan artis yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai genre muzik antaranya ialah kumpulan Rabbani dan lain-lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana