Siapa PM?: PAS kini duri dalam daging DAP dan PKR...

Sebelum ini PKR,DAP dan PAS amat bangga kononnya ada kesepakatan bagai adik beradik dalam pembangkang.Alasan itu kerap diberikan pemimpin-pemimpin pembangkang jika ada isu berbangkit termasuk soal hudud, agihan kerusi pilihanraya dan sebagainya.Akhirnya, pecah juga tembelang bahawa kesepakatan itu hanya untuk kepentingan parti sendiri sahaja.Kontroversi siapa lebih layak jadi Perdana Menteri andainya pembangkang memenangi (PRU ke 13 mendedahkan sikap sebenar ke tiga-tiga parti.Memang betul, sebelum ini ada kata sepakat tiga parti itu mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri tetapi apabila PAS juga menyatakan Datuk Seri Hadi Awang juga layak menjawat jawatan itu, PKR dan DAP mula rasa tercabar.Paling terkesan adalah DAP yang mungkin sudah khuatir dan bimbang jika Hadi jadi Perdana Menteri, parti itu tentu sukar lagi mahu menyekat pelaksanaan hudud oleh PAS.

PAS kini sudah jadi duri dalam daging bukan sahaja kepada PKR yang tentu mahu Anwar jadi Perdana Menteri tetapi kepada DAP yang berharap Anwar jadi Perdana Menteri bagi membolehkan cita-cita besar parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana