Sabotaj: Umno pecat 2 ahli dan gantung seorang....Memang Terbaik lah


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno hari ini mengumumkan pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata yang dipecat ialah Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah manakala yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan ialah Haji Nisfu Haji Palah.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Empat ahli Umno yang lain dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis juga didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Mereka ialah Syed Atif Syed Abu Bakar (Arau), Yaacob Man (Padang Besar), Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar) dan Abdul Halim Abdullah Sunny (Arau).Katanya Lembaga Disiplin bagaimanapun mendapati Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Bahagian Padang Besar, Perlis tidak bersalah.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keputusan itu diambil oleh Lembaga Disiplin yang bersidang pada 6 Sept dan 8 Okt lalu."Keputusan ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti di mana Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi kepada sebarang anasir untuk merosakkan perjuangan parti untuk kepentingan rakyat termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana