PRU13: Nik Abduh sedia lawan TPM di Pagoh...Lawan Lah Ada Kita orang kisahhh


KOTA BHARU: Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan beliau bersedia mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kerusi Parlimen Pagoh sekiranya ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi parti.“Saya macam Presiden, apa yang diputuskan oleh parti itulah (yang saya ikut).“(Saya) bersedia di mana-mana..itu keputusan kita bersama bahawa apa yang kita diamanahkan, itu yang disuruh oleh parti, itu yang kita terima..,” katanya ketika ditemui wartawan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta wartawan untuk mengulas mengenai cadangan perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Syaari supaya beliau mencabar Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) di kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum nanti.Marzuki dalam perbahasannya menggesa Pemuda PAS untuk menyahut cabaran bertanding di luar zon selesa sebagai bukti kesungguhan sayap parti itu."Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana