PKR, DAP perlu pastikan ahlinya undi calon PAS...Itu Lah Sebenarnya Yang Apa PAS Lakukan Selama Ini...Menangih Simpati


KOTA BHARU: PAS hari ini meminta rakan gabungan Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memastikan bahawa ahli mereka memberi undi kepada calon PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata permintaan itu selaras dengan keputusan ulama PAS mengarahkan semua ahlinya supaya mengundi calon DAP dan PKR.Ketiga-tiga parti tersebut bakal meletakkan calon atas tiket dan lambang parti masing-masing pada PRU-13 kelak kerana mereka tidak berdaftar sebagai pakatan pembangkang secara rasmi.
"Memang itulah (anggota PAS diminta mengundi calon PKR dan DAP) dan mereka pun kena undi kita jugalah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata keputusan dibuat ulama PAS akan memberikan penjelasan perkara tersebut kepada anggota parti dengan menggunakan dalil daripada Al-Quran dan hadis.Katanya, ulama parti itu merujuk Al-Quran dan hadis membuat ijtihad membenarkan 'tahaluf siyasi' dengan parti-parti lain sebagai satu wadah mencapai kemenangan pada pilihan raya.
Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum ini, anggota parti itu dalam siri kempen mereka pernah mendakwa bahawa pengundi Islam hanya boleh mengundi calon Islam atau calon parti Islam. Malahan pemimpin parti itu pernah mengecap Umno kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Muka Pemimpinan PAS tak tahu malu untuk menangih simpati dari ahli PKR dan DAP suruh menyuruh undi wakil PAS nanti apabila tiba hari mengundi....Inilah PAS lakukan selama ini untuk kepentingan politik lagi daripada agama Islam itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana