Perghhh Nurul Izzah Pelbagai Pihak Hentamnya Termasuk Tun Mahathir....

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini.
“Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama,”.
“Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil ... kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat.” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.Bekas perdana menteri keempat itu juga berkata, jika kebebasan seperti ini dibenarkan, maka ia boleh membawa kepada hujah-hujah perkauman, termasuk di kalangan mereka yang mempunyai agama sama.“Jika kita bebas melakukan ini dan itu, akhirnya, kita akan mula membuat filem yang menghina agama lain dan kita akan bergaduh sama sendiri,” katanya.“Jadi, jangan terlalu terpengaruh dengan pemikiran barat. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuan… dan keluarga akan musnah.”

Portal berita Antarapos hari ini menyiarkan klip video kenyataan penuh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah berhubung isu kebebasan beragama untuk orang Melayu.Kenyataan beliau itu dibuat pada wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu.Nurul dilaporkan berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.
Kenyataan itu dilaporkan dalam beberapa portal berita, termasuk Antarapos dan Malaysiakini sebelum menjadi tajuk utama Utusan Malaysia dan Berita Harian.Nurul mengeluarkan kenyataan menjelaskan beliau tidak sama sekali menggalakkan atau menerima murtad.Beliau kemudian mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian serta menimbang untuk menyaman beberapa blog.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana