Pembangkang Bantah Peraturan Halang Bukan MP Adakan Sidang Media Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan peraturan bagi melarang selain daripada ahli Parlimen mengadakan sidang media di lobi Parlimen mendapat sambutan dingin daripada wakil rakyat pembangkang.Menurut mereka peraturan berkenaan seolah-olah menyekat hak mereka untuk mengetengahkan isu rakyat kepada pihak media.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, peraturan itu juga dilihat seperti menghalang kebebasan media."Apabila kita buat sidang media, sudah pasti ada isu tertentu yang media ingin dengar bukan daripada wakil rakyat sebaliknya orang yang berkenaan.
"(Peraturan) ini adalah satu sekatan yang menghalang kita buat pendedahan. Secara tak langsung ia juga menyekat kebebasan media di mana isu-isu yang sepatutnya boleh di bawa ke Parlimen dan didedahkan kepada media akhirnya tidak dapat disampaikan," katanya di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai penguatkuasaan peraturan bagi menghalang selain daripada ahli Parlimen daripada menggunakan kemudahan ruang sidang media yang dikhususkan untuk mereka. Penguatkuasaan peraturan tersebut berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 yang bertujuan melindungi keistimewaan dan hak-hak ahli Parlimen. Berhubung kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa kehadiran kumpulan pelawat ke Parlimen untuk mengadakan sidang media di ruang khas yang mempunyai logo Parlimen sebagai sesuatu yang memalukan, Tian bagaimanapun tidak bersetuju dengannya."Logo Parlimen bukan isu...ini adalah sesi Parlimen terakhir, jadi mengapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan?" katanya.Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh turut melahirkan pandangan yang sama membantah penguatkuasaan peraturan tersebut."Boleh (buat sidang media di luar Parlimen)...tapi ketika ini Parlimen sedang bersidang, kami adalah wakil rakyat, kami mewakili suara rakyat...kami bawa isu rakyat," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana