PAS 'jual borong' Islam demi Putrajaya...

Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu berakhir petang Ahad dengan menyaksikan dalam persidangan lima hari itu, parti tersebut ‘jual borong’ agama semata-mata mahu menyakinkan ahli-ahlinya bahawa PAS
masih parti Islam.
Tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS itu jelas bertentangan ajaran Islam tetapi apakan daya, impian ke Putrajaya lebih penting dan menjelang PRU ke 13 – ibu segala pilihanraya – dan semuanya halal bagi PAS.Di mata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti mereka sajalah dapat memperjuang Islam manakala sekutu mereka DAP dan PKR –patut diundi dalam pilihanraya nanti kononnya atas dasar kerjasama politik ‘ tahaluf siyasi’.
 
Pemimpin PAS membesar-besarkan dan memuji DAP dan PKR walaupun sebelum ini PAS mengecam UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Namun, demi perjuang dalam pembangkang yang PAS anggap suci, dalil al-Quran dan hadis itu hanya terpakai untuk keuntungan politik mereka.Tidakkah ini menjual atau menyalagunakan Islam?Tidak malukan golongan yang mendakwa ulama dalam PAS – kononnya kuasa tertinggi dalam parti – tiba-tiba membisu apabila isu Hudud yang selama ini diperjuangkan PAS dan kontroversi mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan kebebasan beragama tidak disebut dalam muktamar tersebut.“Sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan"
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana