PAS ada Baiah cerai talak tiga, DAP ada undang-und​ang anti lompat parti

Jika PAS ada amalan Baiah atau sumpah taat setia cerai talak tiga ke atas wakil rakyat PAS yang ‘lompat’ atau ‘keluar’ parti, kerajaan DAP Pulau Pinang ada undang-undang anti lompat parti yang diluluskan Dewan Undangan Negeri, Khamis.

Rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.Menurut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, rang undang-undang itu memperuntukkan bahawa seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab.Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang itu untuk mengelak kejadian wakil rakyat parti itu di Perak keluar parti dan menyebabkan kerajaan PAS Perak tumbang dan kembali kepada Barisan Nasional, empat tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana