Nurul Izzah: Dua Sultan bersuara...PAS Tidak Mahu Kata UMNO beli Sultan Ker?

Sultan Selangor dan Sultan Pahang secara terbuka bertitah mengenai isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.Dalam titah baginda di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam pada Rabu malam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan supaya Islam tidak dicampuradukkan dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan masyarakat Melayu.Menurut Baginda, kebelakangan ini kesucian Islam dinodai apabila hukum-hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan.
Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat Al-Quran melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya."Ayat-ayat Al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri," titah baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana