NGO Penting Menentu Masa Depan Negara


KUALA LUMPUR 24 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai tonggak penting dalam menentukan masa depan negara.Menurut Najib, kerajaan memahami bahawa masa depan negara bergantung kepada kerjasama NGO yang terdapat di negara ini."Kita faham masa depan negara bergantung kepada pemuafakatan dan kerjsama bersama NGO."Mereka (NGO) bersama dengan kita sebagai rakan kongsi, rakan seperjuangan untuk capai matlamat transformasi," katanya dalam ucaptama dihadapan kira-kira 5 ribu hadirin pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambah beliau, perpaduan yang dikecapi selama ini harus dipertahankan walaupun hidup dalam masyarakat yang pelbagai."Saya mulakan dengan Gagasan 1Malaysia kerana erana saya sedar, jika kita bergerak mengikut acuan masing-masing, ia seperti perumpamaan, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing."Kalau kita bertindak secara kolektif persamaan, kita akan lebih kuat dalam memacu negara ke arah yang lebih baik," ujar beliau.Himpunan Barisan 1Malaysia ini menghimpunkan NGO pelbagai latarbelakang membincangkan isu-isu semasa.Najib hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Ketua Sekretariat Himpunan Barisan 1Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan yang turut menyerahkan Deklarasi Himpunan kepada Perdana Menteri itu.Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Shahrizat Jalil serta beberapa lagi pemimpin termasuk ketua-ketua NGO seluruh negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana