Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa ‘KO’, Jahanamkan Orang Lain: Ustaz Farid Ravi

“Nabi tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya bersikap kurang ajar dengan Allah S.W.T, apatah lagi ketika berdoa untuk memohon sesuatu”
Susulan tindakan ‘Ilmuan Agama’ Pas yang mendoakan kejatuhan sesama umat Islam selain menggunakan bahasa-bahasa kasar ketika berdoa dilihat sebagai sesuatu yang sangat dasyat oleh beberapa penceramah bebas.
Bagi mengetahui sendiri apakah relevannya tindakan pemimpin serta penyokong Pas sama ada dari segi hokum mahupun akidah sebagai umat Islam, PerakToday.com telah menemuramah seorang Ilmuan Agama yang juga penceramah bebas iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Ketika video rakaman doa selepas solat sunat oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat yang berdoa agar UMNO atau BN dijahanamkan, ternyata menimbulkan riak terkejut.Lantas, Ustaz Farid memberitahu sebagai umat Islam, seseorang itu sepatutnya sedar bahawa mereka adalah hamba kepada Allah S.W.T.Justeru, apabila seseorang itu berdoa yakni ingin memohon bantuan, meminta sesuatu atau merayu kepada tuhan maka ia perlulah dilakukan dengan bahasa-bahasa yang indah.
“Segala permintaan hamba dipanjatkan melalui doa… doa kalau dalam Bahasa Arab maksudnya meminta, memohon dan boleh juga difahami dengan merayu.“Mengenai doa, Allah S.W.T berfirman:
‘Serulah tuhan kamu… berdoalah pada tuhan kamu dengan penuh rendah diri dan juga penuh pengharapan dan takut.’“Maksudnya Al Quran memberi kita satu persepsi bagi setiap orang yang berdoa mestilah dengan konsep ia dilakukan dengan rasa rendah diri pada Allah dan penuh perasaan takut.
“Sebagai pelengkap ia memberi kita satu konsep yang cukup jelas mengenai doa… iaitu sebagai umat kita meminta kepad Allah S.W.T dengan suara yang rendah… dgn perasaan yang takut dengan penuh pengharapan dan permintaan kita itu mestilah terbit daripada hati yang ikhlas, jujur hanya kerana Allah dan bukan dengan niat untuk menghancurkan orang lain.Menurut Ustaz Farid, apabila beliau melihat kepada senario yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam yang berdiri dibawah sebuah parti politik serta memperjuangkan Islam maka tindakan seperti menjerit atau meninggikan suara ketika berdoa ternyata menunjukkan golongan berkenaan telah melakukan satu perbuatan yang berdosa.
Apa yang lebih mengecewakan beliau, sudahlah doa itu dilakukan seperti terjerit pekik malahan boleh pula golongan yang berpayungkan sebuah parti Islam mendoakan kehancuran sesame umat Islam.“Dengan bahasa yang saya boleh anggap sebagai bahasa yang agak kurang ajar dengan Tuhan… Nabi tidak pernah ajar kita berbahasa kurang ajar dengan Tuhan… siapa kita untuk mengangkat suara tak tentu pasal… menjerit-jerit dengan Tuhan.

“Bukankah Allah S.W.T sentiasa hampir dengan hambanya jadi mintalah dengan bahasa dan suara yang baik… dan permohonan itu mestilah permohonan yang baik-baik.“Dalam Al Quran sendiri ada menyebut supaya gunakanlah bahasa-bahasa yang indah… bahasa-bahasa yang lembut ketika berdoa… malah Nabi pun tidak pernah mengajar umatnya begitu.Ustaz Farid menambah, beliau tidak menyangka umat Islam di negara ini semakin terkeluar dari landasan Islam semata-mata kerana fahaman politik.Katanya, sebagai manusia setiap individu sudah pasti mempunyai keburukan serta kelemahan tertentu namun ia bukanlah penyebab untuk sesetengah pihak mendoakan kehancuran pihak lain.“Macam mana hanya kerana politik manusia sesama umat islam berdoa untuk keburukan sahabatnya yang lain… berdoa untuk melihat kawan ini atau orang yang dia anggap sebagai lawan walaupun seagama dengannya supaya dijahanamkan oleh Allah S.W.T.“Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya berdoa untuk kehancuran saudara seIslam.“Ya benar, Nabi pernah berdoa untuk kehancuran orang lain… tetapi mesti kita ingat Nabi memohon doa kehancuran kepada kaum kufar… baginda berdoa kehancuran bagi golongan yang menentang Islam… serta mendoakan kehancuran kepada orang-orang kafir dan musyrik dimana golongan ini secara terang-terangan menentang Islam.“Akan tetapi sesama orang Islam kalau die tergolong dalam golongan yang seagama dengan kita tetapi melihat ada kekurangan dan kelemahan itu belum lagi mengizinkan mendoakan mereka supaya dijahanamkan.
“Saya sempat mengikuti ungkapan doa yang dipanjatkan untuk menjahanamkan Umno.. untuk menjahanamkan BN… sejak bila Islam mengajar kita untuk berhimpun ramai-ramai dan menjahanamkan orang yang juga umat Islam.

“Mana ada Islam ajar macam ni, kalau ade dimana buktinya… sediakan bukti untuk saya… sebab itu setiap apa yang kita lakukan kita kena berbalik kepad Al Quran.Ustaz Farid menambah, Al Quran sudah mengajar umat Islam sesuatu yang baik:‘Sekiranya mereka bertanya kepad engkau wahai Muhammad dimana aku.. . katakan kepada mereka aku hampir.’Justeru beliau menambah, dalam berdoa seseorang itu tidak perlulah menjerit-jerit atau memekik seolah-olah mereka memperlihatkan kepad Allah S.W.T satu suasana yang sangat tidak terkawal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana