Murtad: Sejak bila Nik Aziz ada 'lesen besar'...ni

Tuduhan murtad merupakan tuduhan yang berat kerana hukum kepada murtad adalah hukum bunuh berdasarkan hudud.
Menteri Besar Kelantan itu menggelarkan UMNO murtad semata-mata untuk menyokong doa membinasakan UMNO/BN oleh adiknya semasa solat hajat di sebuah stadium di Kota Bharu. kata Nik Aziz, PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu.
“Bila UMNO buang Islam, maka UMNO agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila UMNO tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang UMNO pakai? Bila UMNO tolak Islam dalam dasar parti dia, maka UMNO sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata.“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau.Nik Razi Nik Mat memimpin solat hajat memohon bala Allah bagi menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.
Doa Nik Razi begini "Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.
"Kalau kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13,".

Kini Nik Aziz kembali dengan tuduhan yang lebih berat... Sejak bila beliau mempunyai 'lesen besar' untuk senang-senang menghukum orang lain murtad hanya kerana berbeza pandangan politik?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana