Murtad: Dakwaan Nik Aziz satu fitnah kepada umat Islam - Harussani

Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.

Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.

Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur."Ini sekarang berlaku dalam masyarakat kita. Politik itu politik, Islam itu Islam, kita jangan berkelahi, di mana pun jangan berkelahi. Tapi kalau kita berkelahi semasa sendiri, itu taksub yang diharamkan Rasulullah. Ini dipanggil asabiyyah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana