"Muktamar tak mampu kembalikan perjuangan PAS"


SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan bermula esok dijangka tidak akan mampu mengembalikan perjuangan asal parti itu dalam menegakkan Islam dan memperjuangkan nasib kaum Melayu, kata penganalisis politik, Dr Firdaus Abdullah.Firdaus berkata perjuangan dasar PAS semakin terpesong apabila membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Beliau berkata, PAS kini diibaratkan seperti 'tukang pancing dilarikan ikan' apabila parti itu dilihat hanya menurut kata, berbanding membuat keputusan.
"Sudah tentu tidak (akan kembali kepada perjuangan asal). Saya rasa banyak yang sudah terpesong. Kalau kita nilai perjuangan PAS dari dulu sampai sekarang, PAS sudah terpesong 180 darjah.

"Saya menganggap PAS ini, apabila menjalin kerjasama dengan DAP, saya anggap PAS 'tukang pancing dilarikan ikan'. Dulu PAS yang mengkritik dan mengecam Umno kerana menjalin kerjasama dengan MIC dan MCA, menuduh Umno kafir dan segala macam," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.Muktamar kali ini juga merupakan muktamar terpenting memandangkan ia adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, ditanya adakah PAS akan menilai semula perjuangannya bersama PKR berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya, Nurul Izzah yang mengesyorkan kebebasan agama kepada masyarakat Melayu beragama Islam, katanya, ia tidak menjadi masalah kepada PAS.
Bagaimanapun, Firdaus berkata, apa yang patut dikhuatiri adalah kerjasama PAS dengan DAP; yang diketahui mempunyai agenda tersembunyi dalam memperkudakan PAS.Beliau turut membayangkan golongan Anwarinas di dalam PAS adalah 'trojan horse' yang bakal merosakkan perjuangan PAS secara keseluruhannya.

"Kalau PAS mahu bekerjasama dengan PKR, saya boleh terima. Tapi saya sama sekali tidak boleh terima kalau PAS bekerjasama dengan DAP. DAP ini kita tahu belangnya."Persongkokolan PAS dengan DAP hanya semata-mata untuk merampas kuasa dari BN. Tapi kita tidak tahu, setelah kuasa dirampas, apakah perancangan yang lebih baik? Apa jaminan dakwaan yang dilontar kepada BN tidak berlaku sekiranya PAS dan DAP memerintah?

"Anwarinas ini adalah trojan horse di dalam PAS yang akan merosakkan PAS sendiri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana