Mubarak Gesa Anggota Islam PKR Kaji Keluar Parti

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversiNaib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama.
Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKRberagama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubatatau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan SriHarussani Zakaria supaya berbuat demikian."Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balik kenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya," kata beliau.Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat sertamenarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di SubangJaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah.
Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah,yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: “Rakyat tidakseharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakaikepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?".Sebelum ini, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga menyifatkan kenyataan Nurul Izzah mengelirukan serta beliau meminta anak sulung Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya bertaubat.Anwar mendakwa kenyataan anaknya telah diputarbelit oleh media pro kerajaantetapi seorang peserta forum itu yang merupakan seorang peguam tampil menyatakanbahawa Nurul Izzah memang membuat kenyataan itu yang berbangkit daripada soalan beliau seperti dilaporkan dan dirakam.Abdul Rahman berkata semua orang Islam harus menjaga kemurnian akidah termasuk ahli-ahli PKR yang beragama Islam."Kalau ahli-ahli PKR hendak menjaga akidah, mereka tiada pilihan lain kecuali memikirkan semula kedudukan mereka dalam parti tersebut," kata beliau. BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana