MB Selangor Biayai Sendiri Pembelian Bas Kempen Pilihan Raya...Dari Mana Duitnya Datang Tu?


KUALA LUMPUR 19 Nov - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku bahawa telah membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli.Abdul Khalid berkata, beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 tanpa membabitkan dana kerajaan negeri. "Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian."Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk buat kajian dan saya (sanggup) memberikan dokumen berkaitan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Mohamad Satim bertanyakan sama ada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas itu betul, telus dan bertanggungjawab.sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri olehnya untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenal pemimpin pembangkang kepada rakyat.

Bas yang didaftarkan atas nama Abdul Khalid, dengan lesen diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan itu, boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana