Lynas: Ahli akademik 'menyampah' dengan spin pembangkang

Seorang doktor terkemuka di Pahang menolak "pembohongan" berterusan disebarkan pembangkang di kalangan penduduk tempatan tentang kebimbangan pelepasan radioaktif dari loji nadir bumi Lynas bernilai RM2.5 bilion yang siap dibina di sini, baru-baru ini.Beliau berkata kempen anti-Lynas itu semata-mata bermotif politik untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.
Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang doktor perunding yang telah memberi perhatian 40 tahun dalam perubatan nuklear dan fizik zarah, berkata aktivis anti-Lynas berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat di Kuantan sejak dua tahun lalu walaupun hakikatnya "tidak wujud langsung sisa radiasi atau sebarang sisa toksik" dari loji itu.
Keselamatan Lynas disahkan oleh enam badan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB, badan tertinggi dunia mengenai tenaga atom.
"Bahan yang mereka bawa tidak ada apa kecuali minyak nadir bumi mengandungi cebisan lemah radioaktif thorium 232. Ia adalah bahan radioaktif yang cukup lemah dan mempunyai jangka hayat amat panjang puluhan bilion tahun.
"Dan dengan semua ini kumpulan anti-Lynas kata...oh cucu cicit kita akan menderita selama 14 bilion tahun. Ini semua karut," katanya.
Dr Looi berkata jika seseorang melihat separuh hayat bahan radioaktif (masa diperlukan bagi sesuatu kuantiti menurun kepada separuh daripada nilainya),lebih lama separuh hayat itu, semakin kurang pula bahayanya.

"Misalnya, jika separuh bahagian rumah terbakar dalam 14 bilion tahun, adakah ia menimbulkan sebarang masalah? Tidak, ini kerana terdapat hanya secebis api, sedangkan jika ia terbakar dalam masa 40 minit, maka ramai orang yang terbunuh atau cedera."Begitu juga dengan plumbum, yang kita gunakan dalam bateri kereta kita. Ia juga mempunyai separuh jangka hayat yang lama 19 bilion tahun. Oleh kerana ia mempunyai separuh hayat yang panjang, ia sebenarnya bersifat 'non-radioaktif' bila anda gunakannya pada kereta. Jadi thorium amat lemah dari segi radioaktif," katanya kepada Bernama pada satu temu bual.

Comments

Unknown said…
habislah nuar

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana