Post Pic
KUALA LUMPUR: Pensyarah bahagian Dakwah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Uthman Al-Muhammady menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai satu kebiadapan yang melampau dan bertentangan dengan prinsip Islam.
Justeru itu kenyataan Izzah yang merujuk kepada ayat Al Baqarah 256 itu jelas bercanggah dengan tafsiran al-Quran mengikut konteks sebenar berdasarkan ahli Sunnah Wal Jamaah."Itu penafsiran yang berlawan dengan semua tafsir ahli Sunnah Wal Jamaah. Tiada tafsir yang memberi hak kepada orang Islam Melayu untuk memilih agama lain."Bercanggah dengan ayat Quran lain. Agama kita agama anbiya (para nabi) bukan agama para pemikir. Di barat, agamanya, agama pemikir tapi kita tidak."Maka perkataan yang nak diberi hak kepada orang Melayu itu adalah kebiadapan intelektual dan rohani peringkat kemuncak,"
Mengulas lanjut mengenai perkara ini beliau berkata, sepatutnya Izzah perlu merujuk kepada orang yang lebih arif tentang agama Islam sebelum mengeluarkan kenyataan yang melibatkan akidah umat Islam.
"(Ia) bercanggah dengan Al-Quran sendiri, bercanggah dengan hadis, bercanggah dengan Ijma' ahli sunnah wal jamaah.
"Nak beri hak pada orang Melayu, itu penafsiran yang berlawanan dengan semua tafsir ahli sunnah wal-jamaah. Tiada tafsir yang memberi hak kepada orang Islam Melayu memilih agama lain."Perkataan itu prinsipnya (adalah daripada) penafsiran Quran, hendaklah dibuat berdasarkan wacana arus perdana umat kini. Berdasarkan ayat Quran, Al Nahl 43 yang meminta kamu bertanya pada yang mahir kalau tidak tahu," katanya.
Izzah pada Sabtu lalu ketika menjadi panel sebuah forum yang membincangkan topik, 'Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" menyatakan pandangannya tentang kebebasan memilih agama.“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana