Kebebasan Beragama Tidak Terhad : Zul Nordin Cabar PAS Bidas Nurul Izzah.
KUALA LUMPUR 5 Nov - Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mencabar PAS menentang pandangan Ahli Parlimen
Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di sebuah laman portal berbahasa Inggeris
mengenai hak kebabasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam
sahaja sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam
baru-baru ini.Bekas Pemimpin PKR itu mempersoal pendirian PAS yang
dahulu menentang penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) ketika beliau
mengetuai bantahan cadangan penubuhan IFC satu masa dahulu."Disini saya ingin mengambil kesempatan iaitu mempersoal dimana pendirian PAS kerana semasa IFC dicadangkan dahulu oleh Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO), PAS mengambil sikap yang sangat keras termasuk saya yang mengetuai bantahan itu sehingga ahli PAS yang menyokong penubuhan itu diheret ke makhamah lalu dijatuhkan hukuman.
"Adakah pendirian PAS sama iaitu menentang IFC sekarang bermakna mereka (PAS) mestilah menentang apa yang dicadangkan oleh Nurul Izzah," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen hari ini.Sementara itu, beliau turut menjelaskan kenyataan Nurul Izzah mempunyai persamaan yang ketara dengan Majlis Peguam dengan sokongan badan NGO dalam satu usaha untuk menubuhkan IFC."Pandangan Nurul Izzah sama seperti pandangan Majlis Peguam dan badan NGO lain yang mahu menubuhkan IFC yang mana matlamat utama IFC iaitu beri hak kebebasan memilih hak agama termasuk untuk orang Islam.
"Bagi saya, orang Melayu boleh menukar agamanya daripada agama Islam kepada lain, sama kesannya dengan menghapuskan bangsanya sendiri"ujarnya.Terdahulu, sebuah portal media berbahasa Inggeris melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.
.jpg)
Comments